Friday 17 August 2012

Selamat tinggal Ramadhan 1433H

Assalamualaikum wbt

Saya dengan rendah hati ingin memohon ampun dan maaf kepada sahabat/keluarga yang membaca blog ini atas segala kesilapan dan kekhilafan saya sepanjang kita berhubungan.

Setiap tahun pun sedih rasa bila Ramadhan nak tinggalkan kita. Especially bila amal ibadah saya tak seberapa mana. Cabaran tahun ni lebih sikit sebab ada toddler, dan sebab saya tak bersedia terlebih dahulu. Menyesal tak ikut nasihat kakak saya, prepare for Ramadhan, those who simply stumbles upon Ramadhan without gearing up for it first will find themselves unprepared.
Astaghfirullahalazim.

Tahun ini betul2 berharap dalam hati supaya tahun depan lebih baik,lebih baik,lagi kualiti ibadah dan pengisian Ramadhan. Istajib dua anaa ya Allah!

Kegembiraan saya menyambut raya adalah kerana ahli keluarga ada bersama. Rindu pada adik beradik n mak. Tapi x dpt menutup terkilan hati kerana x kuat melawan nafsu utk beribadah.

Kepada Ustazah Wan Jah, walaupun tak membaca blog ini, terima kasih. Atas usaha anda, insyaAllah ramai orang mendapat hidayah mendapat ilmu.
Ustazah kak wan selalu sebut dalam doa beliau,
"Ya Allah, jadikanlah aku penyebab orang lain mendapat hidayah"
setiap kali sampai part situ airmata dia mengalir.
ya Allah, Kau Berilah pahala setimpal kepada Kak Wan atas usahanya, Kau Permudahkanlah dakwahnya dan Kau Lindungilah dia selalu.
Semoga tahun depan kak Wan bantu saya lagi untuk bersedia awal.

Ustazah Wan Jah juga menyebut, hiasilah malam raya dengan berqiamullail. Kerana malam raya adalah malam2 yang doa paling makbul. Dan dimana pahala mencurah2.
wallahualam.sekadar berkongsi. Semoga saya menjadi penyebab orang lain mendapat hidayah.
Amin.

Sedih sungguh hati ini. tapi menyesal tiada berguna.
Ustazah saya juga pesan jangan sombong meminta kepada Allah, oleh itu, permintaan saya,

Ya Allah, Kau Temukanlah aku dengan Ramadhan tahun hadapan dan berikutnya.
Istajib dua ana, Ya Allah....

No comments:

Post a Comment